Abstrak Makalah: PERANAN MEMORI DALAM TRADISI LISAN BERBENTUK MANTERA RITUAL DALAM PERSEMBAHAN MAK YONG

Oleh:  Haron Daud

Abstrak
Tradisi lisan pada umumnya terdiri daripada dua iaitu yang “bersuara” dan “tidak bersuara.” Dalam konteks ini tradisi lisan yang bersuara termasuklah mantera yang dibaca, manakala tradisi lisan yang tidak bersuara termasuklah perbuatan ritual, antaranya yang dilakukan oleh bomoh atau ketua kumpulan Mak Yong dalam persembahan Mak Yong. Makalah ini cuba menggambarkan peranan memori dalam tradisi lisan berbentuk mantera yang melibatkan ritual dalam persembahan Mak Yong. Memori boleh difahami sebagai kesadaran akan pengalaman masa lampau yang hidup kembali atau ingatan yang berterusan akan sesuatu pada masa lalu sehingga membolehkannya wujud hingga kini dalam pemikiran seseorang atau kelompok masyarakat. Mantera merupakan kata atau kata-kata yang mengandungi unsur magis dituturkan oleh seseorang, terutama bomoh, sama ada secara bersuara atau tanpa suara untuk tujuan tertentu. Manakala ritual merupakan upacara yang dilakukan oleh bomoh atau orang tertentu menggunakan mantera dan peralatan khusus untuk berhubung dengan kuasa ghaib. Mak Yong merupakan seni persembahan tradisional masyarakat Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan, tarian, muzik, cerita dan teks percakapan yang formal. Ritual adalah satu aspek penting dalam persembahan Mak Yong. Dalam makalah ini diperlihatkan juga bacaan Mantera Ritual Buka Panggung, Mantera Ritual Mengadap Rebab, Mantera Ritual Perasap Alat Muzik, Mantera Ritual Menyala Dian, Mantera Ritual Angkat Kenduri, Mantera Pakaian Diri, dan Mantera Penutup Panggung. Makalah ini juga menyatakan metedologi kajian yang digunakan iaitu metod pemerhatian ke atas beberapa persembahan Mak Yong; metod temuabual tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dalam persembahan Mak Yong, dan metod dokumentasi untuk melihat tulisan yang pernah dibuat tentang Mak Yong. Kajian ini tertumpu kepada beberapa persembahan Mak Yong yang diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam festival dan Seminar Mak Yong Sedunia, persembahan Mak Yong oleh Kumpulan Shaari Abdullah di Kota Bharu, persembahan Mak Yong oleh Kumpulan Pak Su Agil di Kampus Universiti Malaysia Kelantan, persembahan Mak Yong Riau di Taman Ismail Marzuki (TIM), Jakarta, dan persembahan Mak Yong oleh beberapa kumpulan dari Thailand, Kelantan dan Riau di Tanjung Pinang, Indonesia. Pada bahagian akhir makalah ini penulis membuat rumusan dan kesimpulan.

Kata kunci:
memori, tradisi lisan, mantera, ritual, mak yong.


Abstract

Oral traditions generally comprise two, which are “verbal” and “nonverbal”. In this context the oral tradition includes the read spells, while the verbal vocal traditions include ritual acts, among them performed by a bomoh or group leader Mak Yong in the performance of Mak Yong. This paper attempts to illustrate the function of memory in the spell-backed tradition of ritual involving Mak Yong. Memory can be understood as the awareness of a past life experience or a constant memory of something in the past to enable it to exist up to present in the thinking of a person or group of society. Mantra is a word or words that contain magical elements spoken by a person, especially a bomoh, either with sound or silent for a particular purpose. While the ritual is a ritual performed by a certain bomoh or person using special spells and equipment to deal with supernatural powers. Mak Yong is traditional Malay performing arts that combine elements of ritual, acting, dance, music, story and formal conversation texts. Ritual is an important aspect of Mak Yong’s performance. This paper also to describe what is Ritual Stage Spell, Mantra Ritual Rapture, Musical Instruments Ritual Spit Mantle, Candle’s Mantra and Ritual, Mantra and Ritual for offering, Self-Dress Spell, and Stage Closing Mantra. This paper also mentions the methodology of the study which is the method of observation on some of Mak Yong’s performances; the method of interviewing the characters involved directly in the presentation of Mak Yong, and the method of documentation to see the writings ever made about Mak Yong. This study focuses on several Mak Yong performances held at Universiti Sains Malaysia in Penang at Mak Yong World Festival, Mak Yong performances by Shaari Abdullah Group in Kota Bharu, Mak Yong performance by Pak Su Agil Group at Universiti Malaysia Kelantan Campus, Mak Yong Riau show at Taman Ismail Marzuki (TIM), Jakarta, and Mak Yong performances by several groups from Thailand, Kelantan and Riau in Tanjung Pinang, Indonesia. At the end of this paper the author makes conclusions.

Keywords: memory, oral tradition, spell, ritual, mak yong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *